SYARAT KEAHLIAN PBPM
Jenis Ahli
Ahli-ahli Persatuan ini terbahagi kepada 4 kategori:-
- Ahli Biasa Seumur Hidup
- Ahli Bersekutu Seumur Hidup
- Ahli Kehormat; dan
- Ahli Gabungan
Ahli Seumur Hidup
Terdiri dari semua WARGANEGARA MALAYSIA yang telah berkhidmat berterusan tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan dalam Pasukan yang seperti berikut
- Bekas Anggota Polis Di Raja Malaysia
- Bekas Anggota Polis Tambahan ( EPC ) termasuk Bekas Anggota Pengakap Sempadan, Skuad Hutan, Unit Kawalan Kawasan dan Unit Senoi Praaq
- Bekas Anggota Polis Khas ( SC )
- Bekas Anggota Polis Bantuan ( AP ) termasuk Pasukan Kawalan Kampung ( HG ) atau lain-lain Unit yang ditubuhkan di bawah Akta Polis yang telah berkhidmay di antara tahun 1948 hingga 1963
- Bekas Anggota Sukarelawan Polis ( PVR )
- Bekas Polis Singapura yang berkhidmat tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan sebelum tarikh 8 Ogos 1965, bermaustatin dan menjadi Warganegara Malaysia
Ahli Bersekutu Seumur Hidup
Terdiri dari semua WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun seperti berikut :
- Bekas Anggota Polis Singapura yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada 12 bulan dalam pasukan itu selepas 8 Ogos 1965
- Bekas Anggota Polis Brunei yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada 12 bulan dalam pasukan itu
- Bekas Anggota Polis yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang tertera di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup
- Semua Balu atau Duda kepada Bekas Anggota Polis seperti yang dinyatakan di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup
- Isteri, Suami atau Anak kepada Bekas Anggota Polis seperti yang dinyatakan di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup
Ahli Kehormat
Terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai kedudukan yang baik , telah banyak membuat jasa kepada PDRM, PBPM, Masyarakat, Negeri atau Negara. Tertakluk kepada keputusan Persatuan dan yuran yang ditetapkan.
Ahli Gabungan
Terdiri dari persatuan-persatuan yang telah berdaftar di dalam atau di luar negara.