PERIHAL PBPM
Memperjuangkan jasa Pejuang
Persatuan Bekas Polis Malaysia atau ringkasnya PBPM adalah satu organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan. Ianya ditubuhkan pada tahun 1972 yang berteraskan prinsip dan nilai Islam dengan mencurah bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa mengira batas kepercayaan agama, bangsa dan fahaman politik. Berpegang teguh dengan motto “DARI AHLI KE AHLI, MENGENANG JASA PEJUANG NEGARA” yang mana sentiasa menitik beratkan tentang kebajikan ahli khususnya kepada ibu tunggal dan anak yatim PBPM.
Ahli PBPM adalah terdiri daripada Polis bersara, Polis tidak bersara, HG, AC, SC, isteri dan anak-anak ahli. Bedasarkan rekod data base PBPM, keahlian terkini adalah berjumlah 82,000 orang tidak termasuk yang terdiri dari isteri bekas Polis SC, Homeguard yang mana telah berkhidmat semasa zaman darurat 1948 lagi. Mereka adalah golongan sederhana dan miskin dengan menerima pencen yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa kini. Ahli PBPM meliputi seluruh daerah di Malaysia.
Ahli Majlis Tertinggi PBPM mempunyai pengalaman dalam menguruskan kebajikan ahli-ahli serta komited menyumbang tenaga dan aentiasa telus dalam berurusan ahli, masyarakat dan pihak kerajaan. Semua dana aktiviti yanh dijalankan adalah melalui sumbangan badan-badan koperat dan peruntukan kerajaan.