UCAPAN RAMADHAN

SALAM RAMADHAN

23 March 2023

Marhaban ya Ramadan!
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444H/2023 kepada semua ahli-ahli PBPM dan warga bekas polis Malaysia.
Syukur Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk ditemukan semula dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkahan pada tahun ini.
Sama-samalah kita merebut peluang di bulan suci ini dengan memperbaiki diri, sentiasa berzikir, perbanyakkan membaca al-Quran, bersedekah, berdoa, solat sunat, merapatkan silaturrahim, dan berbuat baik sesama manusia umpama ini adalah Ramadan yang terakhir untuk kita.
 
Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga setiap amalan yang kita laksanakan akan diterima Allah SWT. Aamiin.
Ikhlas dari Presiden PBPM – Dato’ Haji Mokhtar bin Omar

FOTO