MAJLIS BERSANTAI BERSAMA PBPM CAWANGAN HULU LANGAT
08 November 2022
Majlis bersantai bersama Ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia cawangan hulu langat bertempat di dewan persatuan penduduk jenaris, desa sri jenaris, kajang. Turut hadir bersama Sjn Amren bin mohamad saad (Hal Ehwal Pesara Polis IPD Kajang), Cawangan HEP ipd kajang turut membuka kaunter berkernaan E-pesara PDRM bagi membantu pesara-pesara yang belum mendaftar lagi dalam sistem E-pesara. Bersama hadir Presiden PBPM, Haji Mokhtar bin Omar.
Penyampaian kerusi roda dan bantuan bakul makanan turut disampaikan oleh Presiden PBPM kepada ahli-ahli cawangan hulu langat yang memerlukan.