Majlis Penyerahan Bakul Makanan PBPM kepada 50 buah keluarga/ahli PBPM yang memerlukan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan.
Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Humanitarian Care Malaysia (Mycare) MyCARE kerana sudi memilih Persatuan Bekas Polis Malaysia untuk memberi bantuan bakul makanan bagi tahun 2022. Turut hadir Pengerusi Mycare ,Datuk Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha yang hadir bersama berjayakan bantuan ini bersama wakil-wakil penerima bantuan serta Presiden PBPM, Tn Haji Mokhtar bin Omar.
Bantuan Bakul ini diserahkan kepada PBPM Wilayah, PBPM Selangor dan PBPM Negeri Sembilan bagi ahli-ahli yang memerlukan.