25 Mei 2022
Mesyuarat Agung Negeri Sembilan dan majlis sambutan hari raya aidilfitri diadakan di Dewan Orang Ramai Gedung Lalang 50, Seremban Negeri Sembilan. Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Hj Aminuddin Hj Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan), YB Dato’ Hj Zulkefli Mohamad Omar (Speaker Negeri Sembilan), YB Dato’ Razali Ab Malik (Setiausaha Kerja Negeri Sembilan), YDH DCP Ruslan Khalid (Ketua Polis Negeri Sembilan) , YDH SAC Mohd Soaihami Rahim (HEP Bukit Aman), YDH ACP Nanda Maarof (Ketua Polis Daerah Seremban), YDH Insp Puan Rosliza (HEP IPK Negeri Sembilan) dan dihadiri oleh Setiausaha Agung, En Mohamed Lokman, Penolong Setiausaha Agung, En Mohd Salleh bin Abdullah dan Pemerhati mesyuarat En Ismail Bin Mohd Som.